Galeri SMKA TAHAP

Tuesday 27 September 2011

Pertandingan Kawad Kaki

Pertandingan Kawad Kaki antara unit beruniform SMKA TAHAP  telah di adakan pada 24 September 2011 (Sabtu). Sebanyak 5 pasukan Putera dan 4 pasukan puteri telah menyertai pertandingan tersebut. Antara badan beruniform yang terlibat adalah Pengakap Putera, Kelab Remaja Sekolah  Putera dan Puteri, Kadet Polis Putera, Persatuan Bulan Sabit Merah Putera dan Puteri, Kadet Bomba Putera, Persatuan Puteri Islam Malaysia dan Renjer Puteri.


Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang berkepemimpinan, menpunyai jati diri yang tinggi, mempunyai semangat berpasukan dan berdisplin tinggi.


Pasukan yang telah memenangi pertandingan kawad kaki tahun 2011 ialah :


Johan      : Kadet Remaja Sekolah Putera & Puteri
N. Johan : Kadet Bomba Putera & Renjer Puteri
ke-3        : Kadet Polis Putera & Persatuan Puteri Islam Malaysia




Thursday 22 September 2011

Sejarah SMKA TAHAP

SEJARAH SEKOLAH


Logo Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku  Ampuan Hajjah  Afzan Pahang, Jerantut atau lebih dikenali dengan nama SMKA TAHAP. Terletak kira-kira 5 Km dari Bandar Jerantut. Sekolah ini mula dibuka pada 8 Januari 1984 dengan nama Sekolah Menengah Agama Pahang. Pada mulanya sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Jerantut dengan pelajar seramai 120 orang. Guru perintis sekolah ini ialah seramai 11 orang . Tuan Haji Mansor Bin Haji Abdul Kadir merupakan pengetua yang pertama.



Awal tahun 1988, sekolah ini telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang.
DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan merasmikan sekolah ini pada 27 Septmber 1988.Nama sekolah ini telah ditukarkan kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMATENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG sempena nama Al-Marhumah DYMM Tengku Ampuan Pahang iaitu Al-Marhumah Tengku Ampuan Hajjah Afzan Binti AlMarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.

Bermula tahun 1999 sehingga 2004, sekolah ini telah menjadi Sekolah Bestari Rintis dan menjadi Sekolah Bestari Perdana sehingga sekarang. Pada tahun 2009, sekolah ini telah
Menyambut ulangtahun yang ke-25 ( Jubli Perak)





PROJEK SEKOLAH BESTARI MALAYSIA
Logo Sekolah Bestari


Pada 1998 , sekolah ini telah dipilih sebagai Sekolah Bestari Rintis, iaitu projek mega kerajaan dalam merealisasikan MSC dan membudayakan ICT.

- Pendahuluan-
SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut   (SMKATAHAP) adalah salah sebuah sekolah di negeri Pahang yang terpilih menjadi sekolah Projek Rintis Sekolah Bestari (PRSB)  bersama-sama dengan lima ( 5 ) buah sekolah yang lain.
Bermula dari tahun 1999, SMKA TAHAP telah mengalami beberapa perubahan ketara terutamanya dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan juga Sistem Pengurusan Sekolah.

-Pelaksanaan-
Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang menjalankan Projek Rintis Sekolah bestari melalui proses CRFP selama 3 tahun. 88 buah sekolah rintis dipiih untuk peringkat percubaan ini yang melibatkan 3 aras teknologi, iaitu Aras A,B+ dan B (SMKATAHAP Aras B)

Kerajaan Malaysia memainkan peranan sebagai arkitek dan penggalak bagi projek Sekolah Bestari . Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan garis panduan dan bersedia membekalkan kemudahan minimum kepada sekolah mengikut keperluan.


-Objektif Am Sekolah Bestari-
Kementerian Pelajaran Malaysia juga menggalakkan semua sekolah di Malaysia untuk menjadi Sekolah Bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri. Pelan induk sedang diusahakan bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi Sekolah Bestari secara berperingkat-peringkat.

Berikut adalah objektif umum bagi SMKA Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang, Jerantut sebagai Sekolah Rintis Bestari di Malaysia :

• Melaksanakan segala program Sekolah Bestari selari dengan  Visi dan Misi Kementerian
  Pelajaran Malaysia.
• Mewujudkan suasana persekitaran Sekolah Bestari dari aspek pembangunan kemanusiaan,
  fizikal dan penampilan diri.

-Objektif Khusus Sekolah Bestari-
• Berusaha membantu guru-guru, kakitangan dan para pelajar  mencapai VISI dan MISI
  Kementerian Pelajaran Malaysia .
• Berusaha mewujudkan sistem pengurusan bestari yang cekap, pantas dan berkesan dari
  aspek pedagogi, pengumpulan dana, penyenggaraan dan keperluan teknologi multimedia.
• Berusaha untuk menerajui kepimpinan Sekolah Bestari peringkat daerah dan negara.





MATLAMAT SEKOLAH

- Melahirkan pelajar yang memiliki jati diri   tinggi   dan bertakwa

- Memastikan pencapaian cemerlang dan    berkualiti dalam kurikulum dan Kokurikulum

- Mewujudkan persekitaran sekolah yang   lestari,   kondusif, sihat dan bersih

- Membudayakan pencarian dan   penghayatan  ilmu,meningkatkan   kemahiran   ICT

- Dalam semua aspek, Saling sayang   menyayangi   dan berintegriti

- Meningkatkan kerjasama dalam komuniti   setempat


OBJEKTIF SEKOLAH


Kurikulum
- Memastikan semua pelajar mencapai ‘A’ dalam peperiksaan awam bagi semua mata pelajaran

Ko-Kurikulum
- Memastikan semua pelajar memiliki 10% markah untuk layak ke IPT

Bina Insan
- Menerapkan nilai, amalan dan penghayatan kepada akhlak Islamiyah